5/2/2011
Kelmarin aku, suami anak-anak dan anak saudara ingin menutup cuti Sempena Tahun Baharu Cina dengan sesuatu yang menarik. Agak lewat kami bertolak ke Yan, Kedah. Sebenarnya aku sudahpun meninjau tempat-tempat menarik di sana sebulan yang lalu. Masa pergi tu cuma lihat dari jauh...menarik, cantik dan menenangkan...
Aku pun mengiklankankanya kepada mereka. Tempat pertama aku ajak ialah Kg Perigi. Ramai juga orangnya..."Kak Yong nak pergi tandaslah mama..", anak sulung aku bergegas keluar kereta ke tandas di bawah bukit...Tak sampai 2 minit dah balik.."Uwekkk..busuk, kotor dan takde air! Semua tandas penuh dengan najis..!! Kekecewaan pertama untuk eksplorasi kami..
"Ok, takpe takpe..jom kita pegi ke Batu Hampar..cantik tau!", ajak aku untuk memadamkan rasa kecewa mereka..Agak sunyi..ada 2,3 keluarga dan 4,5 orang mat motor. Rasanya tak sesuai kalau pergi tanpa kaum bapa menemankan sebagai pelindung. Aku turun bersama Syahira dan Siti Hajar...Sakitnya biji mata kami..sampah bertaburan..betul-betul macam iklan JPS , "sungaiku hidupku"..Tempat tu macam kawasan pembuangan sampah..
Sedih betul..Tak rasa bersalah ke mereka yang mengotorkan tempat-tempat indah begitu?
Aku rasa kerajaan negeri telah sampaikan hajat rakyat untuk menyediakan kemudahan untuk berekreasi..
Sedarlah wahai yang masih lagi tak sedar..bersihkanlah tempat peranginan kita..
Semoga yang dah sedar dapat sama-sama mengingatkan anak-anak, sanak-saudara, sahabat handai untuk menjaga dan memelihara keindahan negara kita..