Search This Blog

Friday, October 17, 2014

Kembara Mendidik Jiwa HambaNya

Pernah ku jejaki kaki di sini
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com

Destinasi: India

 Tarikh: Mac 2012

Keindahan senibina yang mengkagumkan. Taj Mahal yang memang mahal kerana kos bahan binaan dan tenaga arkitek yang dimpot dari negara luar. 









Tasik Dal di Srinagar. Indahnya tak perlu kata-kata.  "Jewel Srinagar". 

Friday, March 18, 2011

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KE 86 KOLEJ SULTAN ABDUL HAMID

Kejohanan olahraga tahunan ( KOT ke 86 ) KSAH telah pun berlalu pada 10 mac 2011yang lepas. Semua warga KSAH amat bersyukur kerana ia berjalan lancar.
Yang paling menyeronokkan aku ialah kejayaan rumah "Sultan" menjadi juara keseluruhan.
Penat? Ya memang penat, tapi puas rasanya..
kerjasama erat pelajar -guru amat membanggakan..
Semoga kerjasama ini terus kekal menjadi tradisi KSAH di masa akan datang.
Syabas KSAH!
Di sini aku paparkan gambar-gambar sepanjang KOT untuk dijadikan kenangan masa hadapan.









Thursday, March 17, 2011

Musibah di sana sini

Akhir-akhir ini semakin kerap musibah menimpa penghuni bumi. Dari utara ke selatan, tak ketinggalan dari timur ke barat..Yang kecil, yang sederhana dan yang mega...Banjir, kemarau, ribut taufan dan tsunami. Itu yang dari alam sekitar. yang disebabkan secara langsung oleh manusia, peperangan , pergaduhan, bunuh, siksa, culik, curi dan banyak lagi... Yang terkini di Jepun letupan loji nuklearnya..Jepun kena gempa bumi, tsunami, ribut salji dan loji nuklearnya meletup...Radiasi.. radiasi. ohh! Takutnya..
Angin bertiup...kita berdoa agar dos yang dibawa angin boleh diabaikan kuantitinya apabila angin itu sampai ke Malaysia.. Yang ada anak dan saudara-mara di sana, tak senang duduk..bimbang dan takut kalau mereka terkena radiasi.Dos besar boleh bawa maut, dos kecil..Yang masuk dalam badan boleh menyebabkan sel mengalami mutasi,,apa maknanya..boleh meningkatkan kemungkinan mendapat kanser. nak songsangkan balik proses radiasi? Setakat ni takda cara. Kalau CEsium 137, hayatnya 30 tahun, bermakna ia ada dalam badan manusia selama 30 tahun. Bayangkan kesannya kepada tubuh badan..

Apa kita buat? Nak beri bantuan tenaga secara langsung tak berdaya. kalau hampir dan dekat, bolehlah....kalau jauh macam mana? (Fikir semula..Yang dekat pun belum tentu boleh tolong, macam radiasi tu..)Tulah...manusia ni , kuasanya terbatas...jangan sombong, jangan bongkak..
Sujudlah kepadaNya.

Nak tangkap yang jahat-jahat tu tak ada kuasa.
Cuma kalau ada orang anjurkan kutipan derma, kita hulurkan bantuan. Jangan lupa..kita boleh berpesan-pesan kepada kebaikan. Kita ingatkan diri kita dan orang-orang yang hampir dengan kita untuk tidak terus merosakkan alam ini. Pentadbir mesti berhemah. Jangan terlalu rakus..tamak...
Ingatlah, dunia ini hanya pinjaman dari Yang Maha Esa..dipinjamkan dengan panduan dan kaedah untuk mentadbirnya..buku panduan ada..tak lain dan tak bukan kitab suci kita Al-Quran..
Semoga apa yang berlaku di sekeliling kita kita jadikan sebagai iktibar...Kita muhasabah diri kita, di mana yang perlu kita tingkatkan, di mana yang perlu kita kawal..
Yang tidak memerhati dengan mata hati akan kata, itu fenomena alam. Noktah!
Alam ini milik siapa? Allah subhanahuwata'ala..Setiap yang berlaku di sekitar kita berhubungkait dengan Nya..
Kalau selama ini kita jalani hidup ini tanpa merujuk kepada Nya, baliklah ke landasan yang betul..kalau kita leka, kita cari ruang untuk lebih dekatkepadaNya.
Marilah kita sama-sama ingat mengingatkan, ...untuk menjaga alam ini, paling tidak kita kekalkan kebersihan persekitaran, kita kurangkan pencemaran..

Saturday, February 5, 2011

Bilakah lagi kita akan berubah?

5/2/2011
Kelmarin aku, suami anak-anak dan anak saudara ingin menutup cuti Sempena Tahun Baharu Cina dengan sesuatu yang menarik. Agak lewat kami bertolak ke Yan, Kedah. Sebenarnya aku sudahpun meninjau tempat-tempat menarik di sana sebulan yang lalu. Masa pergi tu cuma lihat dari jauh...menarik, cantik dan menenangkan...
Aku pun mengiklankankanya kepada mereka. Tempat pertama aku ajak ialah Kg Perigi. Ramai juga orangnya..."Kak Yong nak pergi tandaslah mama..", anak sulung aku bergegas keluar kereta ke tandas di bawah bukit...Tak sampai 2 minit dah balik.."Uwekkk..busuk, kotor dan takde air! Semua tandas penuh dengan najis..!! Kekecewaan pertama untuk eksplorasi kami..
"Ok, takpe takpe..jom kita pegi ke Batu Hampar..cantik tau!", ajak aku untuk memadamkan rasa kecewa mereka..Agak sunyi..ada 2,3 keluarga dan 4,5 orang mat motor. Rasanya tak sesuai kalau pergi tanpa kaum bapa menemankan sebagai pelindung. Aku turun bersama Syahira dan Siti Hajar...Sakitnya biji mata kami..sampah bertaburan..betul-betul macam iklan JPS , "sungaiku hidupku"..Tempat tu macam kawasan pembuangan sampah..
Sedih betul..Tak rasa bersalah ke mereka yang mengotorkan tempat-tempat indah begitu?
Aku rasa kerajaan negeri telah sampaikan hajat rakyat untuk menyediakan kemudahan untuk berekreasi..
Sedarlah wahai yang masih lagi tak sedar..bersihkanlah tempat peranginan kita..
Semoga yang dah sedar dapat sama-sama mengingatkan anak-anak, sanak-saudara, sahabat handai untuk  menjaga dan memelihara keindahan negara kita..

Monday, February 25, 2008

Thank you..

A lot of things had been going on in my mind. The thought of having the chance to put forward my childhood stories and share them with other people is so exciting.
This is the story of me...Hmm .. the story of a kampung girl ..who managed to complete her studies and now having a very decent life...a happy family with 4 children..a bunch of lively( or some hyperactive) students...from one small fishing village..in the east coast.
The 7th daughter of a strong man and a strong-willed woman who came from the southern part of Peninsular Malaysia..My parents struggled to raise 9 children..hoping that one day all of them will have a much2 better life than theirs....
Yes..Alhamdulillah...I do have a good life now..
Thank you abah, thank you mak...
May Allah bless you always...